Selamat Datang - Welcome
Pada 22 Ogos 1985, sekolah ini telah dirasmikan dengan nama Sekolah Menengah Meru, Klang, Selangor.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Bujang Bin Ulis, yang merupakan Timbalan Menteri Pelajaran
pada ketika itu.
Masyarakat setempat bersyukur dan berbangga kerana akhirnya wujud sebuah sekolah menengah yang baharu
di kawasan Meru ini. Penduduk setempat berharap agar institusi ilmu ini mampu meneruskan kesinambungan
kecemerlangan akademik anak-anak tempatan.
Impian penduduk tempatan untuk menikmati kemudahan pendidikan di kawasan ini telah direalisasikan melalui
Rancangan Malaysia Ke-4. Sekolah Menengah Meru dibina dalam Rancangan Malaysia ke-3 pada tahun 1979 di
kawasaan seluas 18 ekar.
Sekolah Menengah Meru memulakan sessi persekolahan pada tahun 1982. Sekolah ini hanya dikenali sebagai
Sekolah Menengah Rendah yang hanya mempunyai 12 bilik darjah untuk pelajar tingkatan 1 dan 3 dengan menmpung
seramai 674 orang. Kini bilangan kelas terus bertambah kepada 144 buah bilik darjah yang meliputi pelajar Model
Khas-iaitu program yang menempatkan murid-murid sekolah rendah (tahap 2) di sekolah
menengah (yang dikenali sebagai Projek Baling), Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran) dan Kelas Peralihan,
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Meru memiliki 1940 pelajar lelaki
dan 1696 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 3636 orang. Ia mempunyai
seramai 178 orang guru. Berdasarkan statistik enrolmen pada Januari 2011 adalah sebanyak 4200 pelajar,
manakala jumlah guru 232 orang dan bilangan kakitangan adalah 32 orang pada dan bilangannya terus bertambah.
Kini sehingga Mei 2013, seramai 4292 murid lelaki dan perempuan serta seramai 227 orang guru di sessi pagi dan
petang serta 32 orang kakitangan pejabat yang berkhidmat di sekolah ini.
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang